Followers

Tuesday 22 November 2011

♥ Tips Apabila Keluar Dating ♥

Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan

Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. :-)

Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? :oops: Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya. :o
Jangan Jadi Bisu
Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.
Buat Si Dia Ketawa
Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan. :up:

Aktiviti Ketika Keluar Dating

Menonton Wayang
Tadi ada disebut pasal aktiviti. Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. :cry: Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, “Kenapa la korang buang masa tengok wayang? Bosan la weh tengok wayang tu…”. Well, bagi pendapat saya, dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat dan bercerita tentang cerita yang ditonton. Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.
Makan Bersama
Ha, ini lagi satu perkara yang wajib dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, makan tengahari ke, makan malam ke, tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama. Banyak betul kan kami makan? Hahaha… :P Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni. Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.
Bermain Bowling
Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu. Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. Hehehe… 8) Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy. Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap. Mana boleh…!!! (Padahal memang saya kalah pun sebenarnya…) :(
Ambil Gambar Kenangan
Walaupun ianya tidak penting, tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. Bukannya apa, bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut, kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti? :wink:
Hurm…jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini, sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian. Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.
Dan sekiranya anda mempunyai tips-tips dating yang lain dan ingin dikongsikan bersama dengan kami, silalah berikan komen tips-tips tersebut di sini. Mana la tau kalau-kalau tips yang anda gunakan itu dapat kami gunakan pula apabila keluar dating nanti. Hehehe… Terima kasih ya… :D

♥ 50 tips Cara Memikat Hati Lelaki ♥

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Monday 21 November 2011

♥ cara memujuk hati wanita ♥

Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga wujud di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.
Kenapa Wanita mudah ‘membuat perangai’? Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel.
  1. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
  2. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka
Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka, akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.
  1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
  2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk melepaskan diri daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
  3. Lelaki akan bosan dengan sikap begitu dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka, berbanding ceria.
Senario merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.
Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tidak tentu pasal Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tidak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.
Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Bukanlah lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri, atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku. Lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri, tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau “conditioning”. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi, kerana ‘habuan’ yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu. Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat ‘habuan’ yang dikehendakinya. Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah.
Namun begitu, jangan melakukan petua ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tidak tentu hala. Pun begitu, kita perlu diingat bahawa apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.
Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuasan hati dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.