ASSALAMULAIKUM W.B.T
Bolehkah
kita merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja? pastinya boleh.
Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi
hubungan persahabatan. Tahukah bagaimana caranya ??
Ketika
pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka
pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan
tahukah bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat
sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita
dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi
sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Tetapi, sedangkan
kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan
sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk
mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan
kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu
menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan
kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep
sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita
apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu
gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana
kita sahabat.
Mereka
akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita.
Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh.
Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang
berkasih-kasihan?
Sebahagian
besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut
positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita
macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji
Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka
melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat
jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara.
Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia.
Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif.
Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan
dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain
dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar
membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat
adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak
memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan
asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur
walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang
seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang
rasa sayang kerana rasa bosan.
Hubungan
persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang
suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza.
Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa
tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih
menarik.
Ada
masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan
tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar.
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah..
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERFIKIR :)