ASSALAMUALAIKUM W.B.T
kehidupan sebagai seorang insan yang masih bujang atau pun SINGLE memang sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya .. di sini saya akan beritahu apa kelebihan kenapa saya lebih suka SINGLE .. :)
Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih
menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk
diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan
lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
Kawan
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini
kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda
berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza
sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan
sedikit terbatas.
Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk
memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan
yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga
perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
Tidak banyak masalah
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding
menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan
merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti
masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai
diri anda sahaja.
Kurang tanggungjawab
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan
semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda
adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari
segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.
p/s : tapi bila dah sampai seru @ jodoh , jangan pula kita menolak pula .. ti jadi anak dara tua @ bujang terlajak pula kan .. :)
No comments:
Post a Comment