- Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campurkan dgn air rendaman tadi. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan 2x seminggu.
- Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dgn bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
- Giling beras dgn daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit 5 sen & jemur hingga kering. Apabila hndak menggunakannya , titiskan sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
- Campurkan serbuk kayu manis dgn bedak sejuk & sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang mungkin.
- Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka & biarkan kering. Basuh muka dgn air bersih. Amalkan setiap hari.
- Campurkan susu tepung dgn air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam & setelah kering basuh muka dgn air suam. Amalkan selalu.
- Belah 2 biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat pada muka. Keesokan harinya, basuh muka dgn air bersih. Amalkan seminggu sekali.
- Masak secekak daun inai b'sama 2 cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapaukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.
- Picit jerawat dgn tangan yang bersih. Selepas itu, sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu. Insya-ALLAH jerawat tidak akan tumbuh lagi.
- Kisarkan kacang hijau dgn menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka & seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama 2 hingga 3 minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
- Ambil seberapa banyak kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yg ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari.
- Tumbuk seulas bawang putih yg telah dibuang kulit. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
- Campurkan susu, madu & putih telur.Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka & biarkan selama 25 minit. Selepas itu, bilas dgn air. Amalkan selalu.
- Tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga bersama sedikit beras. Sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari hingga kesan jerawat hilang.
- Campurkan perahan air limau dgn sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika & bilas dgn air. Amalkan selalu. .
SELAMAT MENCUBA. .!! :)
bnyk nya petua..yg plg berkesan mn 1 ya..
ReplyDeletepena amalkan xx..^_____^